Samsung Galaxy A41 Tertiris, Bawa Tiga Kamera Utama, Skrin Infinity-U

Samsung Galaxy A41 Malaysia

Samsung Galaxy A40 telah dilancarkan pada bulan March tahun lalu. Kini sudah setahun berlalu dan nampaknya Samsung telah bersedia untuk menggantikan model tersebut dengan generasi baru. Terbaru, gambar Samsung Galaxy A41 telah tertiris di internet dengan skrin Infinity-U bersaiz 6.0 inci serta kamera selfie 25 Megapixel di bahagian atas.

Di bahagian belakang, Peranti ini dilihat memiliki tiga kamera beserta LED Flash di sebelahnya. Tiada maklumat mengenai sensor yang digunakan. Namun sensor utama berkemungkinan dengan lensa 48 Megapixel. Pengimbas cap jari juga tiada di bahagian belakang. Ia mungkin hadir dengan pengimbas dibawah skrin atau menggunakan fungsi pengecaman wajah.

Selain itu, Samsung Galaxy A41 juga bakal hadir dengan pemproses Helio P65 dengan 4GB RAM serta 64GB memori dalaman. Peranti ini juga akan bawakan bateri 3,500 mAh dengan pengecas 15W, 3.5mm headphone jack dan USB Type-C.

Write a Comment

view all comments

*