Samsung Galaxy A42 5G Dengan Skrin AMOLED 6.6 inci, Snapdragon 750G Diumumkan

Samsung Galaxy A42 5G Malaysia

Samsung baru saja mengumumkan model pertengahan iaitu Samsung Galaxy A42, telefon pintar 5G terbaru dari siri Galaxy A pada acara dalam talian.

Samsung Galaxy A42 5G menampilkan skrin Infinity-U FHD+ bersaiz 6.6 inci dengan panel Super AMOLED. Ia juga dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 750G, pilihan RAM 4GB, 6GB, dan 8GB serta pilihan memori 64GB dan 128GB. Telefon pintar ini juga menyokong storan tambahan melalui kad microSD (hingga 1TB).

Untuk kamera, Samsung Galaxy A42 5G dilengkapi dengan empat kamera belakang yang menempatkan sensor utama 48MP dengan lensa f/1.8, sensor ultra lebar 8MP dengan lensa f/2.2, sensor kedalaman 5MP dan lensa makro 5MP. Terdapat juga kamera selfie 20MP di bahagian depan, dengan lensa f/2.2.

Samsung Galaxy A42 5G Malaysia

Galaxy A42 5G hadir dalam pilihan warna Prism Dot Black, Prism Dot Grey, dan Prism Dot White. Ia juga hadir dengan pengimbas cap jari dibawah skrin serta bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.

Harga Samsung Galaxy A42 5G

Buat masa ini tiada maklumat mengenai ketersediaan serta harga Samsung Galaxy A42 5G untuk pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, telefon ini akan mula di pasaran Jerman pada bulan November ini dengan harga EUR 369 atau sekitar RM1799.

Write a Comment

view all comments

*