Samsung Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Diumumkan Dengan Empat Kamera Utama

Samsung Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Malaysia

Samsung Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Malaysia

Samsung baru sahaja melancarkan dua model pertengahan iaitu Samsung Galaxy A51 dan juga Samsung Galaxy A71. Kedua-dua peranti ini menawarkan paparan infinity-O dan juga empat kamera utama di bahagian belakang.

Samsung Galaxy A51 lebih mengfokuskan pasaran mampu milik yang akan dipasarkan pada harga sekitar RM1399. Ia tampil bergaya dengan pemproses Exynos 9611, sehingga 8 GB RAM serta sehingga 128 GB memori dalaman. Peranti dengan sistem Android 10 ini juga menawarkan slot tambahan memori yang boleh di isi sehingga 512GB.

Galaxy A51 juga dibina dari skrin bersaiz 6.5 inci dengan nisbah 20:9, panel Super AMOLED serta dengan resolusi HD+ penuh. Terdapat kamera tunggal di hadapan atas tengah skrin dengan resolusi 32 Megapixel untuk selfie.

Manakala kamera utama pula terdiri daripada empat lensa di belakang dengan sensor utama 48 Megapixel, lensa sudut lebar 12 Megapixel, 5 Megapixel lensa penyukat kedalaman serta 5 Megapixel kamera makro.

Samsung Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Malaysia

Samsung Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Malaysia

Fungsi lain yang terdapat pada Samsung Galaxy A51 termasuk bateri 4000 mAh dengan kemampuan pengecasan pantas 15W. Samsung Galaxy A51 akan mulakan jualan di Vietnam dengan harga bermula VND7,999,000 atau sekitar RM1399 di Malaysia.

Bagi yang inginkan peranti yang lebih berkuasa dengan sistem kamera yang lebih baik, Samsung Galaxy A71 lebih sesuai untuk anda. Rekaannya mirip dengan model Galaxy A51 tetapi dengan cip Sanpdragon 730, skrin yang lebih besar iaitu 6.7 inci, bateri yang lebih besar iaitu 4500 mAh dengan pengecas 25W serta kamera utama 64 Megapixel menggantikan lensa 48 Megapixel yang terdapat pada model Galaxy A51.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga Samsung Galaxy A71. Namun peranti ini dijangka akan dijual sekitar RM1699 sehingga RM1899.

Write a Comment

view all comments

*