Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar Galaxy A51 dengan penaik-tarafan memori, iaitu sehingga 8GB RAM. Ia bakal ditawarkan bermula 8 Mei 2020 ini pada harga RM1399.

Samsung Galaxy A51 hadir dengan skrin 6.5-inci Infinity-O, menggunakan cip Exynos 9611, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera utama 48-megapixel dibelakang.

Sebelum ini, Samsung Malaysia telah menawarkan Galaxy A51 dengan 6GB RAM pada harga RM1299 sejak Januari 2020 yang lepas. Dengan pilihan baru, kini pengguna turut boleh mendapatkan Galaxy A51 dengan memori 8GB RAM pada harga RM1399 mulai 8 Mei 2020 ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.