Buat masa ini, sokongan skrin kadar segar semula tinggi pada peranti Samsung hanya boleh ditemui pada peranti mercu mereka sahaja. Tetapi kelak, peranti kelas pertengahan seperti Galaxy A mungkin akan menawarkan spesifikasi ini. Seperti dahulu, yang mana skrin AMOLED terhad kepada peranti mercu dan lama kelamaan Samsung bawakan kepada peranti lain pula.

Menurut SamMobile, Samsung Galaxy A52, Galaxy A72 dan Galaxy A52 5G akan menyokong skrin kadar segar semula 90Hz dan 120Hz. Galaxy A52 dan Galaxy A72 terhad kepada 90Hz sahaja manakala A52 5G akan menyokong 120Hz. Selain itu, Galaxy A52 5G akan menawarkan memori sehingga 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Ia dijana dengan cip Snapdragon 750G, skrin 6.5-inci FHD+ Infinity-O Super AMOLED, tetapan kamera 64MP + 12MP + 5MP + 5MP dan kamera swafoto 32MP.

Bateri dikatakan adalah 4500mAh dengan sistem pengecasan pantas 25W serta menjalankan Android 11 One UI 3.1. Galaxy A52 5G mungkin akan dijual pada harga premium sekitar RM2200.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.