Samsung secara rasminya memperkenalkan siri Galaxy A baharu mereka di acara khas Galaxy Awesome Unpacked, hari ini. Siri Galaxy A baharu mereka dilihat tampil dengan wajah baharu yang terkini bersama beberapa ciri lebih segar. Antara model yang diperkenalkan termasuklah Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Samsung Galaxy A52

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy A52 dilengkapi paparan bersaiz 6.5-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel). Paparan ini turut menyokong kadar segar semula tinggi 90Hz. Seterusnya, ia juga menggunakan cip lapan-teras dengan kelajuan mencecah 2.3GHz, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

Tetapan kamera utama terdiri dengan sensor 64-Megapixel (utama) (f/1.8) bersama sokongan OIS. Seterusnya, diikuti dengan tiga sensor lain iaitu 12-Megapixel (f/2.2) (Ultra-lebar) + 5-Megapixel (f/2.4) (Makro) + 5-Megapixel (f/2.4) (Kedalaman). Tidak ketinggalan, kamera utama ini turut menyertakan sokongan zum digital sehingga 10X. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Samsung Galaxy A72

Bercakap mengenai Samsung Galaxy A72 pula. Peranti pintar ini menggunakan skrin yang lebih besar dengan saiz 6.7-inci Super AMOLED FHD+ (1080 x 2400 piksel) bersama kadar segar semula 90Hz. Turut melengkapinya adalah cip pemproses lapan-teras, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) (f/1.8) bersama sokongan OIS. Seterusnya, turut diikuti dengan sensor 12-Megapixel (Ultra-lebar) (f/2.2) + 8-Megapixel (Telefoto) (f/2.4) + 5-Megapixel (Makro) (f/2.4). Lebih menariknya lagi, kamera utama ini turut dilengkapi sokongan 3X zoom optikal dan zum digital Space Zoom sehingga 30X.

Spesifikasi lain termasuklah – kedua-dua peranti ini dilengkapi ketahanan IP67, Bluetooth 5.0, pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos, port sambungan USB-C, pengecasan pantas 25W, antaramuka One UI 3.1 berasaskan Android 11, Samsung Knox dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Samsung turut memaklumkan peranti-peranti ini akan menyokong peningkatan perisian selama tiga generasi dan kemas kini sekuriti minimum sehingga empat tahun. Untuk harga, Samsung Galaxy A52 dijual pada €349 (~RM1,712), sementara itu Samsung Galaxy A72 pula berharga €449 (~RM2,202).

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.