SAMSUNG GALAXY A7 2017 DENGAN KETAHANAN KALIS AIR IP68

Galaxy A7 2017 adalah rangkian telefon pintar siri Galaxy A terbaharu oleh Samsung. Berbeza dengan model tahun lalu, Galaxy A7 2017 ini mempunyai ketahanan kalis air IP68, sokongan Samsung Pay serta beberapa penambahbaikan lain.

Peranti dengan paparan skrin SUPER AMOLED HD penuh bersaiz 5.7 inci ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Exynos 7880. Ia hadir dengan RAM sebanyak 3GB dengan ruangan storan dalaman sebanyak 32GB. Galaxy A7 2017 juga mempunyai slot kad mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 256GB.

Untuk rakaman gambar, peranti ini dilengkapi kamera 16 megapixel di bahagian depan dan juga belakang yang menghasilkan imej yang berkualiti.

Telefon pintar yang mempunyai bateri berkapasiti 3600mAh turut menyokong pengecasan pantas dan menggunakan usb type-c untuk pengecasan. Samsung Galaxy A7 2017 ditawarkan dengan dua warna iaitu hitam dan emas dengan harga jualan RM 1,899.

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.