TechSemut Malaysia

Samsung Galaxy A7, A5, A3 2017 Diperkenalkan, Di Malaysia 5 Januari Ini

Samsung Galaxy A7, A5, A3 2017 Diperkenalkan, Di Malaysia 5 Januari Ini

Samsung Galaxy A7, A5, A3 2017 Diperkenalkan, Di Malaysia 5 Januari Ini
Januari 03
02:00 2017

Spesifikasi Samsung Galaxy A3, A5, A7 2017

Samsung baru sahaja melancarkan tiga peranti baru dari siri Galaxy A untuk tahun 2017. Peranti tersebut termasuk Samsung Galaxy A7 2017, Galaxy A5 2017 dan juga Galaxy A3 2017. Berita terbaik untuk pengguna Malaysia dimana negara kita antara yang terawal akan nenerima peranti ini iaitu bakal dilancarkan pada 5 Januari ini. Namun buat masa ini belum ada kata rasmi dari Samsung Malaysia mengenai Harga Samsung Galaxy A 2017 ini.

Terdapat beberapa penambahbaikan untuk model baru ini berbanding siri Galaxy A 2016. Antara yang ketara ialah semua peranti siri Galaxy A 2017 hadir dengan ciri-ciri kalis air dengan pengiktirafan IP68, pengimbas cap jari, USB Type-C, sokongan Samsung Pay, NFC serta pilihan warna Black Sky, Gold Sand, Blue Mist dan Peach Cloud. Spesifikasinya juga telah ditingkatkan termasuk pemproses yang lebih berkuasa dan kamera yan g lebih baik. Antara spesifikasi selengkapnya seperti di bawah.

Samsung Galaxy A7 (2017)

Spesifikasi Samsung Galaxy A7 (2017) Spesifikasi Samsung Galaxy A7 (2017) Spesifikasi Samsung Galaxy A7 (2017)
Samsung Galaxy A7 (2017)

Samsung Galaxy A7 2017 merupakan model terbaik antara ketiga-tiga model yang diumumkan. Ia hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P. Di bahagian dalamnya tertera pemproses Octa-Core 1.9 Ghz dengan RAM sebesar 3 GB serta memori dalaman yang sebesar 32GB. Untuk peranti ini turut menyokong slot microSD yang boleh dipasang sehingga 256GB.

Untuk kamera, sudah tentunya peranti ini menyediakan lensa berkelas peranti High-End. Ia hadir dengan 16 Megapixel F1.9 kamera berserta teknologi IOS. Bagi yang gemar berselfie sudah tentunya peranti ini menjadi pilihan oleh kerana hadir dengan lensa hadpan 16 Megapixel yang sudah tentu menghasilkan gambar selfie yang terbaik. Selain itu, peranti ini juga hadir dengan bateri 3600mAh, sokingan pengecasan pantas dan sebagainya.

Samsung Galaxy A5 (2017)

Spesifikasi Samsung Galaxy A5 (2017) Spesifikasi Samsung Galaxy A5 (2017) Spesifikasi Samsung Galaxy A5 (2017)
Samsung Galaxy A5 (2017)

Bagi yang inginkan peranti yang lebih kecil, Samsung Galaxy A5 2017 lebih sesuai untuk anda. Peranti ini memiliki spesifikasi yang sama dengan model A7 2017 kecuali pada saiz skrin dan kapasiti bateri yang lebih kecil. Ia hadir dengan skrin Super AMOLED 5.2 ini padah resolusi HD Penuh 1080p. Baterinya pula berkapasiti 3000 mAh.

Ciri-ciri lain termasuk pemproses Octa-Core 1.9 Ghz, 3 GB RAM, 32 GB memori, 16 Megapixel kamera dengan OIS serta 16 Megapixel kamera selfie.

Samsung Galaxy A3 (2017)

Spesifikasi Samsung Galaxy A3 (2017) Spesifikasi Samsung Galaxy A3 (2017) Spesifikasi Samsung Galaxy A3 (2017)
Samsung Galaxy A3 (2017)

Bagi yang inginkan peranti yang lebih kecil serta harga yang lebih murah, Samsung Galaxy A3 2017 adalah lebih sesuai. Ia merupakan peranti bersaiz 4.7 inci dengan skrin Super AMOLED serta resolusi HD 720p. Didalamnya juga tertera CPU 4-Teras 1.6 Ghz yang turut hadir dengan 16 GB ruangan memori serta 2 GB RAM.

Untuk kamera, peranti kecil ini menyediakan 13 Megapixel F1.9 lensa utama serta 8 Megapixel F1.9 untuk selfie. Peranti ini juga hadir dengan kapasiti bateri 2350 mAh.

Bagi yang berminat dengan ketiga-tiga peranti ini, Samsung Malaysia akan melancarkannya pada satu majlis khas pada 5 Januari ini. Buat masa ini harga rasmi bagi ketiga-tiga model ini masih lagi belum diketahui. Layari laman Senarai Harga Samsung di Malaysia untuk melihat harga terkini siri Samsung Galaxy A 2017 sekiranya sudah di pasaran Malaysia kelak.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com