Samsung Galaxy A70 – Telefon Dengan Skrin Dan Bateri Besar, Tri-Kamera Belakang

Samsung mempunyai pelbagai penawaran peranti menarik, termasuk dibawah siri Galaxy A yang mana menyertakan sejumlah ciri-ciri daripada peranti mercu pada harga yang lebih mampu untuk dimiliki. Salah satu telefon pintar terbaru dibawah siri Galaxy A yang mencuri perhatian akhir-akhir ini adalah Samsung Galaxy A70.

Samsung Galaxy A70 hadir dengan ciri-ciri menarik, penawaran saiz skrin dan bateri besar, selain kebolehan rakaman gambar yang cantik menggunakan tri-kamera belakang.

Galaxy A70

Samsung Galaxy A70 menggunakan skrin 6.7-inci Super AMOLED yang menawarkan paparan bersaiz besar dan terang melaluinya. Pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan video, atau memainkan permua dengan baik menggunakannya.

Selain skrin yang besar, ia juga turut menyertakan bateri berkapasiti 4500mAh yang turut menawarkan sokongan pengecasan pantas 25W. Dengan bateri berkapasiti besar ini, Samsung mengatakan pengguna boleh menggunakannya untuk sepanjang hari tanpa masalah dan perlu tercari-cari powerbank seperti peranti-peranti lain.

Samsung Galaxy A70

Melengkapkan Galaxy A70 adalah cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM dan juga storan 128GB.

Untuk rakaman gambar, Galaxy A70 menggunakan tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 32MP + 8MP + 5MP. Ia mengabungkan lensa ultra-lebar, lensa depth, selain kamera utama 32-megapixel. Telefon pintar ini juga turut menyertakan sensor 32-megapixel dibahagian hadapan untuk rakaman swafoto atau rakaman Stories dengan cantik.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan telefon pintar dengan saiz skrin dan bateri yang besar, selain penawaran lain yang berkuasa, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy A70 daripada para pengedar Samsung seluruh negara hari ini, pada harga jualan rasmi RM1999.

Ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.