Samsung Galaxy A9 2018 Kini Rasmi Dengan Empat Kamera Utama

Seperti maklumat yang tertiris awal pagi tadi. Samsung Galaxy A9 2018 ialah peranti pertama di pasaran dengan empat kamera utama di bahagian belakang. Ia dilancarkan sebentar tadi di acara Unpacked yang berlangsung di ibu kota.

Samsung Galaxy A9 (2018)

Dari segi spesifikasi, Galaxy A9 2019 dilengkapi skrin 6.3-inci SAMOLED QHD+, dijana pemproses Snapdragon 710, memori sebesar 6/8 GB dan storan 128GB. Pengguna juga turut boleh menambah storan tambahan menggunakan kad mikro-SD sehingga 512GB.

Kamera utama pada bahagian belakang adalah gabungan 24+10+8+5 Megapixel. Kamera utama 24-Megapixel adalah untuk mod tangkapan biasa dengan lensa f/1,7, Kamera 10-Megapixel untuk zoom optikal 2X dengan lensa f/2.4. Satu kamera 8-Megapixel lensa sudut lebar 120 darjah f/2.4 dan akhir sekali sensor kedalaman 5-Megapixel f/2.2. Pada bahagian hadapan pula sensor 24-Megapixel digunakan untuk rakaman swafoto.

Samsung Galaxy A9

Samsung Galaxy A9

Peranti ini dilengkapi bateri sebesar 3800 mAh dengan pengecasan pantas. Turut disertakan ialah sistem Scene Optimiser pada aplikasi kamera dan juga Always On Display. Terdapat juga sistem nyahkunci menggunakan wajah serta pengimbas cap jari pada panel belakang. Ia masih lagi menggunakan Android 8.0. Tiga warna cerun ditawarkan iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink.

Sedang dikemaskini…

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.