TechSemut Malaysia

Samsung Galaxy C7 Pro Diperkenalkan Dengan 16 MP Kamera, Skrin 5.7 Inci

Samsung Galaxy C7 Pro Diperkenalkan Dengan 16 MP Kamera, Skrin 5.7 Inci

Samsung Galaxy C7 Pro Diperkenalkan Dengan 16 MP Kamera, Skrin 5.7 Inci
Januari 16
10:22 2017

Spesifikasi Samsung Galaxy C7 Pro

Samsung baru saja melancarkan satu lagi peranti untuk pasaran kelas pertengahan iaitu Samsung Galaxy C7 Pro untuk pasaran China. Lihat pada spesifikasinya, peranti ini adalah mirip dengan Samsung Galaxy A7 2017 yang baru sahaja di pasaran tempatan dengan harga RM1899. Namun model C7 Pro ini tidak memiliki ciri-ciri kalis air disamping menggunakan pemproses Snapdragon 625.

Samsung Galaxy C7 Pro membawakan skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p. Ianya juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk emas, merah jambu dan biru gelap.

Samsung Galaxy C7 Pro Dengan 16 MP Kamera, Skrin 5.7 Inci, Snapdragon 625

Smartphone dengan platform Android 6.0.1 ini juga turut diuasai dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625 dengan CPU Octa-Core 2.2 Ghz dan juga GPU Adreno 506. Peranti ini juga turut hadir dengan 64 GB ruangan memori serta 4 GB RAM. Slot microSD juga turut disediakan yang boleh dipasang sehingga 256 GB.

Spesifikasi Samsung Galaxy C7 Pro

Untuk kamera, Samsung Galaxy C7 Pro membawakan lensa 16 Megapixel, F1.9 di bahagian belakang dan juga hadapan. Kameranya juga lengkap dengan Dual-LED flash, Panorama, HDR den juga perakam video HD 1080p.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada model baru ini termasuk USB Type C, Pengimbas cap jari, fungsi NFC dengan kebolehan Samsung Pay, pengecasan pantas dan sebagainya.

Lihat Juga : Senarai Harga Terkini Smartphone Samsung di Malaysia

Buat masa ini, Samsung Galaxy C7 Pro hadir untuk pasaran China sahaja. Pasaran antarabangsa yang lain termasuk Malaysia masih lagi belum diumumkan. Harganya juga masih lagi belum diumumkan, namun memandangkan spesifikasinya hampir sama dengan Galaxy A7 2017, Harga Samsung Galaxy C7 Pro di Malaysia juga berkemungkinan sekitar RM1899 apabila peranti ini di pasaran Malaysia kelak.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com