Samsung Galaxy C9 Pro adalah sebuah lagi telefon pintar di dalam koleksi siri Galaxy keluaran Samsung. Peranti dengan paparan skrin 6” Super Amoled HD penuh ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 653.
Samsung Galaxy C9 Pro mempunyai RAM sebanyak 6GB dengan ruangan storan dalaman sebanyak 64GB dan juga mempunyai slot kad mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 256GB.
Untuk rakaman gambar, Samsung Galaxy C9 Pro menawarkan kamera belakang dan hadapan 16 megapixel. Lampu flash LED pada kamera belakang turut disertakan.
Peranti ini juga dibekalkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4000mAh dan menggunakan sokongan pengecasan berasaskan port USB Type-C.
Selain itu, Samsung Galaxy C9 Pro yang ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, emas dan pink ini turut hadir dengan pengimbas cap jari untuk tujuan sekuriti dan membuka telefon dengan pantas dibahagian depan telefon.

Untuk maklumat lanjut layari laman khusus peranti ini di
http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-c9-pro/

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.