Sebuah lagi peranti Samsung di bawah siri Galaxy F dilancarkan secara rasmi. Dikenali sebagai Samsung Galaxy F62, ia merupakan peranti terkini di bawah siri berkenaan selepas Samsung Galaxy F41 yang dilancarkan sekitar tahun lalu.

Samsung Galaxy F62

Untuk spesifikasi penuh, Samsung Galaxy F62 dilengkapi paparan berukuran 6.7-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Seterusnya, ia menggunakan pemproses yang sama seperti Siri Galaxy Note 10 – menerusi janaan cip Exynos 9825. Kemudian, pilihan memori sehingga 8GB RAM, ruang storan 128GB dan bateri 7,000mAh.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 12-Megapixel (sudut-lebar) + 5-Megapixel (makro) + 5-Megapixel (kedalaman). Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, sokongan Bluetooth 5.0, sistem operasi Android 11, ditawarkan dalam tiga warna berbeza – iaitu Laser Green, Laser Blue serta Laser Grey dan banyak lagi.

Samsung Galaxy F62 dijual pada harga INR 23999 (~RM1,333) untuk variasi 6GB RAM + 128GB ROM. Sementara itu, variasi 8GB RAM + 128GB ROM pula berharga INR 25999 (~RM 1,444). Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran India sahaja.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.