Samsung sebelum ini sedia hadir dengan penawaran siri Galaxy-F menerusi pengenalan Samsung Galaxy F41. Ia merupakan model pertama daripada Samsung untuk siri berkenaan dan hanya ditawarkan untuk pasaran India sahaja buat masa ini.

Samsung Galaxy F41

Dalam perkembangan terkini, Samsung dalam perancangan untuk memperluaskan siri berkenaan dan model baharu yang dimaksudkan mungkin dikenali sebagai Samsung Galaxy F62. Pelbagai spekulasi kedengaran berkaitannya – termasuklah dikhabarkan akan diperkenalkan sekitar pertengahan bulan ini dan dijual pada harga yang mampu milik. Dalam pada itu, peranti ini juga dipercayai hadir dengan bateri 7,000mAh.

Desas-desus mengatakan peranti ini juga mungkin dijana oleh cip yang sama dengan siri Galaxy Note 10 – iaitu Exynos 9825. Ia berikutan selepas tularnya laporan yang mendakwa penanda aras untuk peranti ini tertiris dengan memperlihatkan butiran berkenaan. Spesifikasi lain termasuklah – dipercayai mempunyai paparan bersaiz 6.7-inci Super AMOLED, kamera utama 64-Megapixel dan kamera swafoto 32-Megapixel.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.