Peranti di dalam keluarga Galaxy J adalah peranti kelas permulaan dan pertengahan Samsung. Di India Samsung Galaxy J2 2017 telah dilancarkan hari ini dengan spesifikasi kelas permulaan. Pertama sekali ini dilengkapi skrin 4.7″ SAMOLED qHD, dijana pemproses 1.3 GHz empat teras, memori sebesar 1GB RAM dan storan sebesar 8GB.

Kamera utama hanya sebesar 5-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 2-Megapixel. Peranti ini hanya mampu merakam video pada resolusi HD. Sebuah bateri sebesar 2000 mAh melengkapi spesifikasi peranti ini. Selain daripada itu ia masih menyokong SIM bersaiz mikro dan port pengecasan mikroUSB. Di India Samsung Galaxy J2 2017 dijual pada harga Rs. 7,390 (RM 481) sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.