Samsung Galaxy J4 Core Dengan Android Go Kini Di Malaysia – Berharga RM499

Samsung Malaysia kini dilihat telah pun membawa masuk satu lagi telefon pintar berspesifikasi asas untuk pasaran tempatan dibawah siri-J. Menariknya adalah, peranti berkenaan turut hadir dengan antaramuka sistem operasi Android versi Go yang menawarkan sejumlah aplikasi yang dioptimasikan untuk penggunaan peranti berspesifikasi rendah.

Samsung Galaxy J4 Core hadir dengan skrin 6-inci TFT, dijana cip empat-teras 1.4Ghz, memori 1GB RAM dan storan 16GB. Ia menggunakan kamera belakang 8-megapixel, selain kamera swafoto dihadapan 5-megapixel. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 3300mAh.

Menjana telefon pintar ini adalah sistem operasi Android 8.1 Oreo (Go Edition) – sekaligus menawarkan lebih pengoptimasian untuk aplikasi, selain saiz storan yang lebih besar berbanding penggunaan versi Android biasa.

Sejumlah pengedar Samsung seluruh negara telah mula menawarkan telefon pintar ini, dimana ia dijual pada harga RM499.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.