Samsung Galaxy M10, M20, M30 Akan Hadir Dengan Skrin Infinity-V Notch

Samsung Galaxy M10, M20, M30 Malaysia

Nampaknya Samsung sedang menyiapkan siri baru telefon pintar untuk pasaran 2019. Siri tersebut ialah Galaxy M yang dijangka hadir dengan tiga model iaitu Galaxy M10, Galaxy M20 dan Galaxy M30.

Bedasarkan spesifikasi yang Tertiris, Peranti ini akan mengfokuskan pada pasaran pertenghan dengan skrin takuk titisan air bersaiz 6.0 inci, 6.13 inci dan 6.38 inci dengan resolusi FHD+ dan nisbah 19:9 untuk model M10, M20 dan M30.

Kameranya juga adalah berbeza untuk setiap model di mana model paling rendah, Galaxy M10 memiliki kamera utama tunggal 13MP dan 5MP kamera selfie. Model M20 memiliki dual kamera 13MP+5MP dan 8 MP kamera selfie manakala model M30 hadir dengan gabungan tiga kamera belakang 13MP+5MP+5MP dan 16MP kamera Selfie.

Peranti ini juga dijangka memiliki pengimbas cap jari di belakang serta kapasiti bateri 3400 mAh untuk model M10 dan 5000 mAh untuk model M20 dan M30. Pengecasan melalui USB Type-C hanya didapati pada model teratas sahaja manakala model M10 dan M20 hadir dengan microUSB.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk ketiga-tiga model baru ini. Namun ia dijangka akan diumumkan pada bulan Febuary ini.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.