Selepas banyak maklumat tertiris mengenainya tersebar ke arena web, kini Samsung Galaxy M12 didapati tersenarai di laman web rasmi Samsung Vietnam. Buat masa ini, ia dilihat mendedahkan spesifikasi pada peranti, tetapi tidak pula berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran harganya.

Samsung Galaxy M12 dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci PLS TFT LCD dengan resolusi HD+. Seterusnya, ia menggunakan cip lapan teras dengan kelajuan mencecah 2.0GHz, pilihan memori sehingga 6GB RAM, ruang storan sehingga 128GB dan bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 15W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) (f/2.0) + 5-Megapixel (Ultra-lebar) (f/2.2) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman). Sementara itu, kamera hadapannya pula sebesar 8-Megapixel (f/2.0) yang diletakkan di dalam takuk kecil dikenali sebagai Infivity-V.

Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.0, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari pada sisi dan sebagainya. Samsung Galaxy M12 ditawarkan dalam tiga pilihan warna berbeza iaitu hitam, biru dan hijau.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.