Samsung Galaxy M31 Bakal Hadir Dengan 4 Kamera 64MP, Bateri 6000 mAh

Samsung Galaxy M31 Malaysia

Samsung bakal menambah satu lagi model pertenghan di pasaran iaitu Samsung Galaxy M31 yang akan dilancarkan pada 25 Februari ini. Model baru ini akan menggantikan Galaxy M30 dan M30s dan dijangka akan dipasarkan di bawah harga RM1000.

Bedasarkan gambar acah yang dikeluarkan Amazon India, peranti ini akan hadir dengan susunan empat kamera di bahagian belakang. Kamera utamanya hadir dengan sensor 64 Megapixel serta dilengkapkan dengan 8MP kamera sudut lebar, 5MP kamera makro dan 5MP pengesan kedalaman.

Samsung Galaxy M31 juga akan hadir dengan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 6,000 mAh. Ia juga bakal hadir dengan skrin Infinity-U dengan panel AMOLED bersaiz 6.4 inci, Cip Exynos 9611, sehingga 6 GB RAM serta sehingga 128 GB memori dalaman.

Samsung Galaxy M31 Malaysia

Samsung Galaxy M31 akan diumumkan pada 25 Februari ini untuk pasaran India. Pasaran di luar India akan menyusur selepas itu.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.