Samsung Galaxy M31 Prime Hadir Dengan Skrin AMOLED 6.4 inci, 6GB RAM, Bateri 6000mAh

Samsung Galaxy M31 Prime Malaysia

Samsung secara rasminya telah melancarkan smartphone kelas pertengahan iaitu Samsung Galaxy M31 Prime untuk pasaran India. Peranti ini memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan model Samsung Galaxy M31, namun memiliki keahlian Amazon Prime selama 3 bulan. Ia juga dilengkapi beberapa aplikasi khas dari Amazon termasuk Amazon Shopping, Amazon Prime Video, Amazon Prime Music, Kindle dan Audible.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy M31 Prime hadir dengan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 6,000 mAh, skrin Infinity-U dengan panel AMOLED bersaiz 6.4 inci, Cip Exynos 9611, 6 GB RAM serta sehingga 128 GB memori dalaman.

Kamera utamanya hadir dengan sensor 64 Megapixel serta dilengkapkan dengan 8MP kamera sudut lebar, 5MP kamera makro dan 5MP pengesan kedalaman. Manakala kamera selfie pula hadir dengan lensa 32MP.

Galaxy M31 Prime hadir dalam warna Ocean Blue, Space Black dan Iceberg Blue, dengan harga jualan Rs. 16499 (Sekitar RM999) dan akan tersedia di Amazon.in mulai 17 Oktober.

Write a Comment

view all comments

*