Samsung Galaxy M31s Dengan Skrin AMOLED, Bateri 6000mAh Hadir 30 Julai Ini

Samsung Galaxy M31s Malaysia

Samsung akan melancarkan peranti mampu milik iaitu Samsung Galaxy M31s pada 30 Julai ini di India. Seperti yang telah didedahkan laman Amazon India, Galaxy M31s bakal hadir dengan paparan FHD+ Super AMOLED Infinity-O. Namun saiz skrin tidak dinyatakan.

Gambar juga menunjukkan tiada pengimbas cap jari yang dipasang di belakang, jadi ia berkemungkinan menggunakan pengimbas cap jari di bawah skrin atau di sisi. Selain itu, peranti ini juga bakal menggunakan pemproses Exynos 9611, 6GB RAM dan Android 10. Ia dijangka hadir dalam versi storan 64GB dan 128GB.

Untuk bateri, Samsung Galaxy M31s bakal hadir dengan bateri 6000mAh yang serupa dengan M30 dan M31 tetapi ini dilengkapi dengan pengecasan pantas 25W, selain sokongan untuk pengecasan berbalik. Untuk harga Samsung Galaxy M31s sudah tentu tidak jauh beza dengan model Samsung Galaxy M31 yang dijual pada harga RM1099 di Malaysia.

Write a Comment

view all comments

*