Samsung Galaxy Note 10 Lite Akan Dilancarkan Dengan Cip Exynos 9810

Dua model Note 10 dilancarkan tahun ini dengan perbezaan terletak pada saiz skrin dan saiz RAM. Seperti Galaxy S10, Samsung mungkin akan melancarkan Note 10 edisi Lite dalam masa terdekat. Markah penanda aras Geekbench untuk Note 10 Lite telah tertiris mengesahkan penggunaan cip Exynos 9810.

Ini ialah cip yang digunakan pada Note 9 dan S9 tahun lalu. Dari markah penanda aras ini dapat dilihat peranti turut akan dilengkapi memori sebesar 6GB RAM. Rekaan peranti masih lagi misteri begitu juga dengan tempoh pelancarannya. Mengapa sebuah peranti Note 10 baharu dilancarkan dengan pemproses Note 9 adalah misteri yang hanya akan terjawab apabila ia dilancarkan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.