TechSemut Malaysia

Samsung Galaxy Note 9 cipta sejarah

Samsung Galaxy Note 9 cipta sejarah

Ogos 09
22:15 2018
Share Button

Samsung melancarkan Galaxy Note 9 secara rasmi dengan peningkatan kadar ROM tertinggi dalam sejarah telefon pintar di dunia.

Galaxy Note 9 mempunyai versi ROM 512GB dengan RAM 8GB yang boleh lagi ditambah melalui slot kad microSD 1TB.

Versi lain termasuk ROM 256GB bersama RAM 6GB.

Empat warna ditawarkan iaitu midnight black, metallic copper, ocean blue dan lavender purple.

Berasaskan bateri 4000mAh, seperti yang didedahkan TheSkop sebelum ini, S Pen terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah bluetooth untuk beberapa kegunaan. Misalnya, ia boleh menjadi butang shutter untuk kamera yang diletakkan sejauh 10 meter di atas tripod untuk merakam gambar.

Dengan dua lensa pada kamera, satu duduk lebar dan satu lagi telefoto pada resolusi 12MP+12MP.

Kamera depan pula 5MP pada f1.7. 

Malaysia akan menerima peranti berasaskan Exynos 9810 dengan skrin 6.4 inci quad HD+ Super AMOLED.

Samsung Galaxy Note 9 juga tidak lagi memerlukan DEX untuk sambungan ke TV atau monitor apabila ia dihubung terus dengan kabel USB-C.

Note 9 menggunakan audio jenis AKG Harmon dan dikatakan sangat sesuai bermain game. 

Note 9 yang juga IP68 ini termasuk S Pen mempunyai perubahan kamera di mana  lensa mampu mengesan imej kabur dan  mata tertutup.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com