Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G Rangkul 68 Mata Dalam Ujian Audio DxoMark

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G hadir dengan sokongan pembesar suara stereo yang dioptimasikan oleh Dolby Atmos. Sedia maklum, kualiti audio pada peranti mercu Samsung kebiasaannya memberi pengalaman yang baik, selain cukup memuaskan.

Terkini, DxoMark telah mengemaskini laman webnya dengan berkongsi laporan mengenai kualiti audio untuk peranti ini dan ia dilihat berjaya merangkul sebanyak 68 mata untuk markah keseluruhan. Melaluinya, ia meletakkan kemampuan audio Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G adalah setanding dengan OnePlus 8 dan juga Google Pixel 4. Selain, berada satu mata di belakang Asus ROG Phone 2.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G dilihat mencatatkan 69 mata untuk keupayaan memainkan semula audio dan 67 mata pula untuk keupayaan rakaman audio. Pujian diberikan pada kelantangan audio yang dikatakan cukup baik dan memuaskan. Namun, keseimbangan nada padanya terdapat sedikit kritikan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*