Spesifikasi Samsung Galaxy S Light Luxury Malaysia

Selain dua model Samaung Galaxy J4 dan J6, Samusung juga telah mengumumkan model pertenghan premium iaitu Samsung Galaxy S Light Luxury untuk pasaran China.

Rekaannya agak mirip dengan Samsung Galaxy S8. Cuma peranti baru ini hadir dengan warna Burgundy Red yang lebih menawan. Versi dalam warna hitam juga akan hadir di pasaran pada masa akan datang.

Di bahagian hadapan, peranti eksklusif ini hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 5.8 inci dengan nisbah 18.5:9 serta resolusi FHD+ 1080 x 2200 pixel.

Peranti ini hanya memiliki kamera tunggal di belakang dengan sensor 16 Megapixel dan Aperture F1.7 yang mampu merakam video dalam format 4K 30fps. Kamera selfie pula dipadankan dengan lensa 8 Megapixel dan Aperture F1.7

Spesifikasi Samsung Galaxy S Light Luxury Malaysia

Di bahagian dalam, cip Snapdragon 660 digunakan untuk membuatkan peranti ini berfungsi dengan lancar. Tambahan pula 4GB RAM serta 64GB memori dalaman memadai memuatkan beratus file lagu dan gambar di dalam peranti ini.

Bateri yang digunakan beekapasiti 3000 mAh yang menyokong pengecasan tanpa wayar dan juga dengan wayar melalui USB Type C.

Buat masa ini Samsung Galaxy S Light Luxury hanya boleh didapati di China denfan harga raami CNY 4000 atau sekitar RM2499. Tiada maklumat mengenai harga peranti ini di pasaran Malaysia buat masa ini.

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.