Samsung Malaysia kini telah pun menyenaraikan penawaran siri telefon pintar terbaru mereka di Malaysia, iaitu siri Galaxy S21.

Sebanyak tiga model ditawarkan dibawah siri ini, iaitu Samsung Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G, dan juga Samsung Galaxy S21 Ultra 5G.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S21 5G dengan 256GB storan dan 12GB RAM ditawarkan pada harga RM3699.

Samsung Galaxy S21+ 5G pula hadir dengan 256GB storan dan 12GB RAM pada harga RM4299.

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G pula ditawarkan dalam dua pilihan. Versi ini ditawarkan pada harga RM5299 untuk model 12GB RAM dan storan 256GB, sementara model 16GB RAM dan 512GB storan ditawarkan pada harga RM5899

Samsung turut menawarkan Galaxy SmartTag dan Buds Pro secara percuma dengan pra-tempahan ini. Gunakan kod ZGS21VIP ketika pra-tempah untuk turut menerima tambahan Samsung ANC Type-C Earphones secara percuma.

Layari : Samsung Galaxy S21 Malaysia

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.