Selalunya apabila peranti versi terbaru memasuki pasaran, harga jualan peranti model sebelumnya akan menerima pengurangan harga. Dengan pelancaran Samsung Galaxy S8 dan S8+ yang akan berlangsung pada 29 Mac ini, harga jualan Galaxy S7 serta S7 Edge dikurangkan secara rasmi di Malaysia.

Harga jualan kesemua model Galaxy S7 dan S7 Edge dikurangkan sebanyak RM500 di beberapa bilik pameran Samsung Malaysia yang terpilih. Dengan tawaran ini Galaxy S7 boleh dimiliki pada harga RM2199, S7 Edge (32GB) pada harga RM2599 dan S7 Edge (128 GB) pada harga RM 2899 sebuah. Untuk memiliki peranti-peranti ini pada harga istimewa ini, pengguna perlu menuntut tawaran menerusi aplikasi mySamsung terlebih dahulu. Harga promosi ini hanya ditawarkan dari 22 Mac sehingga 9 April.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.