TechSemut Malaysia

Samsung Galaxy S8 Active Bocor

Samsung Galaxy S8 Active Bocor

Samsung Galaxy S8 Active Bocor
Mei 23
09:31 2017

Walaupun ia merupakan telefon pintar kalis air dan habuk, gambar Samsung Galaxy S8 Active telah bocor. Sejak beberapa tahun lalu, Samsung telah mengeluarkan versi tahan lasak setiap telefon pintar utama yang dikeluarkannya. Walaupun ia memperlihatkan kejayaan kurang memberangsangkan sebelum ini, nampaknya Samsung bersedia untuk melancarkan sebuah lagi telefon pintar Active tidak lama lagi.

Samsung Galaxy S8 Active

Samsung Galaxy S8 Active Bocor

Dalam gambar yang dibocorkan ini, telefon pintar yang dibocorkan kelihatan mirip sebuah teleofn pintar LG G6 dengan menyertakan bingkai berwarna perak padanya. Ciri ini penting kerana ia menunjukkan kemungkinan besar skrin melengkung yang ada pada Galaxy S8 asal tidak dilengkapkan pada model Active ini.

Kredit: WirelessPowerCorsortium

Jika diimbau kembali, Samsung Galaxy S7 Active menyerupai Galaxy S7 , tetapi memiliki ciri-ciri yang tiada pada model asas itu seperti bateri yang lebih besar dan casi yang tidak mudah pecah dari hentakan.

Jika gambar ini benar, dijangka telefon pintar Samsung Galaxy S8 Active juga akan berkongsi rekabentuk dengan model asasnya, dengan ciri-ciri tanbahan dan mungkin tanpa skrin melengkung.

Tetapi dengan Samsung Galaxy S8 menerima gelaran telefon pintar paling rapuh, amat bertepatanlah untuk Samsung mengeluarkan model telefon pintar tersebut yang lebih lasak bagi mereka yang tidak mahu terlalu risaukan keutuhan telefon pintar mereka yang dibeli pada harga premium.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com