TechSemut Malaysia

Samsung Galaxy S8 Dikatakan Telefon Pintar Paling Rapuh

Samsung Galaxy S8 Dikatakan Telefon Pintar Paling Rapuh

Samsung Galaxy S8 Dikatakan Telefon Pintar Paling Rapuh
Mei 11
07:31 2017

Dengan begitu banyak kaca menyelubungi telefon pintar Samsung Galaxy S8 dan S8+, tidak hairan ia begitu rapuh. Namun apa yang tidak dijangka ialah ia menerima gelaran telefon pintar paling rapuh di pasaran. Sebuah video yang diterbitkan penyedia waranti yang dilanjutkan, SquareTrade, memperlihatkan kedua-dua model S8 itu menjalani ujian ketahanan dan keputusannya memeranjatkan.

Samsung Galaxy S8 Dikatakan Telefon Pintar Paling Rapuh

Ujian tersebut mendedahkan bahawa bahagian depan, belakang mahupun penjuru telefon pintar Samsung Galaxy S8 dan S8+ dapat bertahan apabila ia dijatuhkan ke atas lantai pejalan kaki dari ketinggian 6 kaki. Kedua-dua model mengalami keretakan atau kelongaran kaca di beberapa bahagian. SquareTrade menyatakan ia adalah telefon pintar pertama yang retak di semua sisi badannya pada jatuhan pertama.

Diklasifikasikan mempunyai risiko sederhana-tinggi, Samsung Galaxy S8 menerima skor ‘kebolehpecahan’ sebanyak 76/100, manakala Galaxy S8+ mendapat skor 77/100. Sebagai perbandingan, iPhone 7 mendapat skor 5/10 dan Samsung Galaxy Note 7 (yang mempunyai bateri boleh meletup) mendapat skor 6.5/10.

Menurut Motherboard, syarikat pembaikpulihan telefon pintar menjangkakan akan menerima banyak kerja baikpulih Galaxy S8 dan S8+ dalam masa terdekat, malah ada yang meramalkan setiap telefon pintar itu yang dibeli pasti akan pecah. Namun, pembaikpulihannya dijangka RM200 – RM400 lebih murah berbanding Galaxy S7. Ia boleh dikira murah memandangkan ia sebuah skrin OLED melengkung yang bukan satu teknologi yang murah.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com