Samsung Galaxy S9 Dan Note 9 Akan Menerima Android Pie Bermula Januari 2019

Pagi ini Samsung mengesahkan tiga peranti terawal yang akan menerima kemaskini Android Pie ialah Samsung Galaxy S9, S9+ dan Note 9. Ketiga-tiga peranti mercu ini akan menerimanya bermula Januari 2019. Dengan kemaskini ini kelak, antaramuka One UI berasaskan Android Pie juga bakal diberikan.

Serentak dengan pengumuman di atas, Samsung akan melakukan ujian Android Pie Beta terbuka kepada pengguna di Jerman, Korea Selatan dan AS pada bulan ini. Hanya selepas ujian Beta berakhir kemaskini secara berperingkat akan diberikan. Android Pie dilancarkan secara rasmi Ogos tahun ini. Sehingga kini peratusan penggunaannya masih di bawah 0.1% mengikut angka rasmi yang dikongsi oleh Google baru-baru ini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.