Berita Menarik

Samsung Galaxy Tab A (2017) Dilancarkan – Tablet 8 Inci Kelas Permulaan

Pembaca : 10
0 0

Samsung secara senyap telah melancarkan tablet Samsung Galaxy Tab A 2017 mereka di Vietnam. Rekaan peranti ini tertiris petang tadi dan kini kami mengetahui spesifikasinya. Galaxy Tab A 2017 dilengkapi skrin 8″ (1280×800 pixel), diperkasakan pemproses 1.4 GHz empat teras, memori sebesar 2GB RAM dan storan 16GB.

Kamera utama sebesar 8-Megapixel f/1.9 manakala kamera selfie pula sebesar 5-Megapixel f/2.2. Bateri sebesar 5000 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android 7.1 Nougat. Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam. Terdapat sokongan 4G dan WiFi. Dua pilihan warna diberikan iaitu emas dan hitam. Harga jualan Samsung Galaxy Tab A 2017 ialah VNĐ 6,490,000 (~RM 1198) sebuah

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.