Samsung Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+ adalah tablet mercu Samsung pada tahun 2020. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865+, skrin Super AMOLED/LTPS TFT dengan kadar segar semula 120Hz, memfokuskan produktiviti dan juga permua. Di Malaysia hanya Galaxy Tab S7 sahaja yang dijual, pada harga RM3,299.

Baru-baru ini, Samsung mula mengedarkan kemaskini One UI 3.1 berasaskan Android 11 untuk kedua-dua tablet ini. Agak menarik di sini, kerana peranti lama Samsung lain hanya menerima kemaskini One UI 3.0. One UI 3.1 khusus pada siri Galaxy S21 sahaja. Kemaskini ini diedarkan kepada Galaxy Tab S7 (SM-T875) LTE, Galaxy Tab S7+ LTE (SM-T975N), dan Galaxy Tab S7+ 5G (SM-T976N).

Versi kemaskini adalah T875NKOU1BUA8T975NKOU1BUA8, dan T976NKOU1BUA8, dengan saiz kemaskini sekitar 2.4GB. Kemaskini ini membawakan ciri dan fungsi baharu Android 11 seperti notifikasi bubble, privasi lebih baik, antaramuka One UI serba baharu, sokongan skrin besar/skrin boleh-lipat yang lebih baik dan banyak lagi.

Kemaskini ini buat masa ini diedarkan kepada pengguna di Korea Selatan. Semak tablet anda untuk ketahui sama ada kemaskini ini sudah diedarkan atau belum.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.