Samsung sedia memfokuskan kepada bungkusan yang mesra alam-sekitar untuk televisyen mereka, membolehkan kotak televisyen digunakan untuk diubah-suai bagi beberapa tujuan. Kini, selain daripada kotak, Samsung turut melihat untuk membolehkan pengguna menggunakan semula peranti lama untuk sejumlah tujuan baharu.

Samsung mengatakan langkah ini akan mengurangkan pembaziran barangan elektronik, dan anda tidak perlu membuangnya, tetapi pada masa yang sama menggunakannya untuk tujuan kehidupan secara berhubung masa kini.

Melalui kemaskini perisian, ia membolehkan anda mengubah telefon lama menjadi peranti berhubung – dan menggunakannya untuk beberapa tujuan. Antara perkara yang dipertontonkan oleh Samsung adalah termasuk untuk tujuan mengawal beberapa peralatan pintar di rumah, memantau aktiviti bayi dan sebagainya.

Dengan Galaxy Upcycling, Samsung menyasarkan untuk mengurangkan lagi pembaziran barangan elektronik dan menggunakannya untuk tujuan kehidupan berhubung dan rumah pintar yang semakin diperkatakan akhir-akhir ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.