Berita Menarik

Samsung Galaxy Watch Dilihat Disenaraikan Pada Laman Rasmi Samsung

Pembaca : 7
0 0

Samsung sedia diperkatakan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, Galaxy Watch. Kini, penjenamaan jam tangan pintar baru berkenaan seperti disahkan – apabila sebuah penyenaraian baru ditemui pada laman rasmi Samsung.

Samsung Galaxy Watch

Ditemui oleh CNet, ia dilihat Samsung telah menyenaraikan Galaxy Watch pada laman rasmi Samsung – sebelum membuangnya kembali. Untuk makluman, menjadi kebiasaan untuk sesuatu syarikat menguji rekaan web dan sebagainya, tetapi ia sering dilakukan secara luar-talian dan bukannya pada laman rasmi mereka.

Ia tidak diketahui lagi sama ada jam tangan pintar ini akan menjalankan Tizen atau WearOS. Pada masa yang sama, Samsung turut dijangka mengekalkan rekaan muka jam bulat pada jam tangan pintar mereka akan datang ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal dibawakan oleh Samsung melalui jam tangan pintar baru mereka ini kelak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.