Samsung Galaxy Z Flip merupakan telefon boleh-katup daripada Samsung yang terbaru, menawarkan rekaan skrin boleh-lipat, dan sejumlah pengoptimasian khusus pada bahagian paparan antaramuka.


Selepas ditawarkan secara terhad, kini Samsung Malaysia mengumumkan penawaran Galaxy Z Flip ini secara meluas – melalui Samsung Malaysia E-Store, Samsung Experience Store dan juga Samsung Authorised Partner yang terpilih.

Samsung Galaxy Z Flip

Ini sekaligus memudahkan lagi anda mendapatkan telefon pintar terbaru ini, tanpa perlu melalui proses pra-tempahan dan sebagainya.

Galaxy Z Flip dilengkapi skrin boleh-lipat 6.7-inci Dynamic AMOLED FHD+ yang digunakan – juga adalah yang pertama menggunakan skrin ultra nipis UTG yang lebih tahan lasak berbanding skrin plastik Fold. Ia dijana cip lapan teras Snapdragon 855+, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 3300 mAh. Kamera utama pada bahagian belakang adalah kombinasi 12+12 MP dan kamera swafoto pula sebesar 10 MP f/2.4. Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar f/1.8 dan lensa ultra sudut lebar f/2.2.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkannya, boleh menyemak saluran terpilih, dan mendapatkan ia pada harga RM5888.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.