Samsung Galaxy Z Flip merupakan telefon dengan rekaan boleh-katup daripada Samsung, menggunakan skrin yang boleh-lipat. Lanjutan daripada penawaran sebelum ini, kini Samsung Malaysia turut telah membawa masuk Galaxy Z Flip dengan pilihan warna baru, iaitu warna emas atau dipanggil Samsung sebagai “Mirror Gold”.

Samsung Galaxy Z Flip hadir dengan skrin 6.7-inci Dynamic AMOLED yang boleh-dilipat, menggunakan cip Snapdragon 855+, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Ia turut menggunakan bateri 3300mAh.

Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi bahagian belakang 12MP + 12MP, selain kamera swafoto 10MP.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy Z Flip dengan pilihan warna emas ini pada harga RM5888.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.