Samsung hari ini menjadi syarikat kedua memperkenalkan telefon pintar dijana cip Snapdragon 865+, dimana mereka memperkenalkan Samsung Galaxy Z Flip 5G terbaru. Ia merupakan kemaskini kepada Galaxy Z Flip yang diperkenalkan pada bulan Februari 2020 lepas.

Samsung Galaxy Z Flip

Samsung Galaxy Z Flip 5G ini hadir dengan cip Snapdragon 865+, selain penawaran yang lebih kurang sama seperti sebelum ini – termasuk dari segi rekaan dan sebagainya. Dari segi ketebalan, ia hadir sedikit tebal – sekitar 0.1mm berbanding sebelum ini apabila dilipat.

Disamping itu, model ini juga hadir dengan One UI 2.5 yang menyertakan sejumlah penawaran baru, termasuk ciri rakaman Pro untuk video, dan sokongan “Flex Mode” untuk sejumlah aplikasi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada model ini akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya – memandangkan Malaysia masih belum memperkenalkan sokongan rangkaian 5G secara rasminya lagi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.