Tidak seperti tahun lalu, Samsung tidak langsung mengacah pelancaran telefon skrin boleh lipat mereka ketika Galaxy S21 dilancarkan. Ini membawakan persoalan bilakah model kemas kini kepada Galaxy Z Flip 5G dan Z Fold3 akan dilancarkan.

Kini menurut ciapan Ross Young, kedua-dua Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3 akan dilancarkan pada bulan Jun ataupun Julai. Beliau mempunyai rekod yang baik dalam meniriskan maklumat mengenai peranti skrin boleh lipat sebelum ini. Garis masa yang diberikan juga masuk akal kerana S21 dilancarkan sebulan awal. Dengan Galaxy Note21 mungkin dibatalkan, pelancaran siri Fold dan Z Flip baharu pada bulan Julai adalah munasabah kerana Note dilancarkan pada bulan Ogos.

Tahun ini Samsung akan menggandakan usaha mereka untuk melancarkan lebih banyak peranti skrin boleh-lipat kerana kini menguasai pasaran. Terdapat ura-ura juga tahun ini peranti skrin boleh-gulung mereka seakan Oppo X 2021 dan LG Rollable akan dilancarkan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.