Terdapat beberapa ramalan mengenai bilakah Samsung Galaxy Z Fold 2 akan dilancarkan. Tetapi menerusi video acah terkini yang dikongsi oleh Samsung, Ia kini sah akan dilancarkan bersama dengan Galaxy Note2o pada 5 Ogos kelak,

Samsung Galaxy Z Fold 2 ialah peranti kesinambungan kepada Galaxy Z Fold tetapi kali ini dengan cip Snapdrgon 865 dan sokongan rangkaian 5G. Bagi mereka yang menantikan kemunculan kesinambungan untuk Galaxy Fold, anda nampaknya perlu menanti lebih lama kerana setakat ini tiada sebarang berita mengenai pembangunannya dilaporkan.

Selain Galaxy Z Fold 2 dan Galaxy Note20, peranti lain yang akan dilancarkan pada acara Unpacked kelak ialah Galaxy Buds Live. Tidak seperti Galaxy Buds+ yang telahpun dilancarkan Februari yang lalu, Buds Live mengacah sokongan pembatalan hingar aktif serta rekaan yang lebih futuristik.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.