Afasia merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh kecederaan pada bahagian otak, membuatkan pesakitnya sukar untuk memahami atau mengungkapkan sesuatu perkataan. Ia sekaligus menyukarkan pesakit afasia berkomunikasi antara ahli keluarga lain.

Samsung Wemogee

Dalam usaha untuk memudahkan mereka berkomunikasi dengan yang tersayang, kini Samsung hadir dengan sebuah aplikasi khusus dinamakan Wemogee. Aplikasi permesejan ini hadir dengan kebolehan interaksi berasaskan emoji, sekaligus membolehkan pesakit afasia berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan lain.

Aplikasi ini dilihat boleh terjemah perkataan kepada emoji, dan emoji kepada perkataan, sekaligus memudahkan pemahaman untuk apa yang ingin disampaikan oleh kedua-dua pihak.

Aplikasi Wemogee ini akan ditawarkan untuk muat-turun pada peranti Android dan iOS bermula penghujung bulan April 2017 ini.

Layari : Samsung Wemogee

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.