Berita Menarik

Samsung Hadir Dengan Kotak Bungkusan Mesra Alam Untuk Televisyen – Boleh Diubah Menjadi Rumah Kucing

Pembaca : 15
0 0

Samsung kini mengumumkan yang mana mereka akan mula menggunakan bungkusan yang lebih mesra alam untuk produk televisyen mereka. Jenis bungkusan mesra alam baru ini akan mula digunakan pada siri The Serif, The Frame dan The Sero mereka yang terbaru.

Melalui kotak bungkusan yang baru, ia turut hadir dengan rekaan potongan dot matrix, sekaligus membolehkan pengguna memotong kotak berkenaan, dan mengubahnya menjadi beberapa aksesori baru.

Bungkusan Kotak TV Samsung

Bungkusan Kotak TV Samsung

Bungkusan Kotak TV Samsung

Melaluinya, pengguna boleh mengubah kotak televisyen yang besar kepada aksesori seperti rumah untuk kucing, tempat letak buku, dan sebagainya.

Pengguna turut disediakan dengan manual khusus yang boleh diakses oleh pengguna dengan hanya mengimbas kod QR pada kotak berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah siri televisyen baru dengan bungkusan mesra alam yang serba baru ini akan hadir ke pasaran tempatan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.