Samsung Hadir Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Infinity-U, V Dan O

Skrin Infinity Flex Display ialah inovasi dalam dunia peranti mudah alih kerana ia boleh dilipat. Namun realitinya majoriti pengguna mungkin masih belum memerlukan peranti dengan rekaan unik ini. Samsung ialah pengeluar yang masih tegar tidak menghasilkan peranti dengan skrin bertakuk. Ini mungkin akan berakhir selepas mereka memperlihatkan rekaan tiga skrin OLED bertakuk Infinity-U, Infinity-V dan Infinity-O.

Nama yang diberikan adalah berdasarkan bentuk takuk yang digunakan. Paling menarik ialah Infinity-O yang menunjukkan takuk kamera dalam skrin. Ini menyerupai paten sistem kamera di belakang skrin yang dipatenkan oleh mereka sebelum ini. Ketiga-tiga skrin ini besar kemungkinan adalah untuk kegunaan peranti kelas pertengahan mereka dan juga pengeluar lain yang membeli panel OLED dari Samsung.

Yang pasti skrin bertakuk akan terus digunakan dalam masa terdekat walaupun ramai yang kurang senang dengan kewujudannya sejak setahun lalu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.