Samsung : “Infinity Display” Menawarkan Pengalaman Lebih Baik Berbanding Skrin Bertakuk

Pada hari ini, terdapat pelbagai pengeluar yang hadir dengan telefon pintar yang menggunakan rekaan bertakuk. Namun, salah satu pengeluar yang masih tidak hadir dengan telefon pintar bertakuk sehingga ke hari ini adalah Samsung.

Samsung Galaxy A9

Bercakap mengenainya, wakil Samsung hari ini mengatakan yang mana mereka yakin “Infinity Display” yang ditawarkan oleh telefon pintar keluaran Samsung membawakan pengalaman penggunaan yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan peranti dengan skrin bertakuk. Melalui “Infinity Display” ia menawarkan rekaan nirbingkai dengan skrin yang cerah dan jelas – berbanding skrin bertakuk yang membuang sebahagian daripada kandungan pada skrin, termasuk ketika memainkan video atau permainan.

Pada hari ini, “Infinity Display” telah digunakan pada pelbagai telefon keluaran Samsung, termasuk siri Galaxy A.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.