Industri pembangunan cip pemprosesan adalah sebuah industri yang mengalami isu kekurangan bekalan secara global, yang dijangka hanya akan pulih sekitar 2022.

Samsung dilaporkan ingin membangunkan kilang baru, dan diantara lokasi-lokasi yang mungkin akan dipilih oleh mereka ialah Austin, Texas. Ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana mereka sudahpun mempunyai sebuah kilang di bandar tersebut yang membangunkan cip-cip pemprosesan.

Menurut laporan Bloomberg, Samsung ingin membelanjakan $17 bilion (~RM68 bilion) untuk membangunkan sebuah lagi kilang, ataupun mengembangkan kilang tersebut untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran semikonduktor dan cip pemprosesan untuk kegunaan global.

Samsung mengatakan bahawa dengan pembukaan kilang ini, mereka boleh menjana 1800 pekerjaan berpendapatan tinggi dalam masa 10 tahun selepas kilang tersebut dibina.

Walaupun begitu, dokumen yang dilihat Bloomberg mengatakan bahawa Samsung juga sedang melihat kepada lokasi-lokasi lain seperti Arizona dan New York juga.

Ini adalah kerana Samsung juga telah meminta kerajaan Austin untuk memberikan insentif cukai sebanyak $1 bilion (~RM4 bilion) kepada syarikat tersebut kerana nilai cukai yang boleh dikatakan agak tinggi di Texas.

Menurut dokumen tersebut juga, jika kerajaan Austin menerima tawaran Samsung, mereka akan mula memecah tanah pada suku kedua tahun ini, dan akan memulakan operasi sekitar tahun 2023.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.