Samsung pada awal tahun ini telah memperkenalkan sokongan Samsung DeX yang membolehkan anda menghubungkan telefon pintar ke sebuah dok khusus, dan menggunakan ia sebagai sebuah komputer. Walaubagaimanapun, buat masa ini, Samsung hanya menawarkan ia sebagai versi Android yang dioptimasikan untuk paparan desktop.

Walaubagaimanapun, bergerak kehadapan, Samsung kini mengumumkan perancangan untuk memudahkan pengguna menjalankan sebarang versi sistem operasi Linux melalui sokongan DeX. Samsung memanggilnya sebagai Linux on Galaxy.

Samsung DeX

Ia masih perlu dihubungkan melalui sebuah dok khusus DeX, dan pengguna akan perlu memuat-turun sebuah aplikasi sebelum dapat menambah variasi sistem operasi Linux mereka untuk paparan desktop.

Samsung mengatakan ciri ini akan ditawarkan dalam bentuk beta tidak lama lagi, dan mereka yang mempunyai Galaxy S8, Galaxy S8+ dan Galaxy Note8 boleh mendaftar minat untuknya hari ini.

Daftar : Linux on Galaxy

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.