Tahun lalu Samsung berikrar memberikan kemas kini sistem operasi sehingga tiga tahun pada peranti mercu. Hari ini mereka berikrar untuk memberikan tampalan sekuriti kepada peranti Android sehingga empat tahun – tambahan tahun dari janji terdahulu.

Peranti yang dilancarkan pada tahun 2019 dan ke atas layak untuk menerima tampalan sekuriti selama empat tahun ini. Menurut Samsung ini akan melibat lebih 130 peranti yang kini di pasaran. Senarai peranti yang akan disokong adalah seperti di bawah.

Dengan pengumuman ini, Samsung sedikit sebanyak dapat membersihkan imej mereka yang dahulunya perlahan dalam memberikan kemas kini. Tetapi sejak dua tahun lalu mereka mungkin tidak sebaik Pixel tetapi tidak jauh di belakang lagi.

  • Galaxy Foldable – Fold, Fold 5G, Z Fold2, Z Fold2 5G, Z Flip, Z Flip 5G
  • Galaxy S – S10, S10+, S10e, S10 5G, S10 Lite, S20, S20 5G, S20+, S20+ 5G, S20 Ultra, S20 Ultra 5G, S20 FE, S20 FE 5G, S21 5G, S21+ 5G, S21 Ultra 5G
  • Galaxy Note – Note10, Note10 5G, Note10+, Note10+ 5G, Note10 Lite, Note20, Note20 5G, Note20 Ultra, Note20 Ultra 5G
  • Galaxy A – A10, A10e, A10s, A20, A20s, A30, A30s, A40, A50, A50s, A60, A70, A70s, A80, A90 5G, A11, A21, A21s, A31, A41, A51, A51 5G, A71, A71 5G, A02s, A12, A32 5G, A42 5G
  • Galaxy M – M10s, M20, M30, M30s, M40, M11, M12, M21, M31, M31s, M51
  • Galaxy XCover – XCover4s, XCover FieldPro, XCover Pro
  • Galaxy Tab – Tab Active Pro, Tab Active3, Tab A 8 (2019), Tab A with S Pen, Tab A 8.4 (2020), Tab A7, Tab S5e, Tab S6, Tab S6 5G, Tab S6 Lite, Tab S7, Tab S7+

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.