Sejak pengenalan Samsung Galaxy S21, pihak Samsung Malaysia telah mengesahkan ia hanya menyokong pembayaran menggunakan NFC sahaja, dan tidak menyokong ciri berasaskan MST – yang membuat pengolokkan seumpama menggunakan kad fizikal dengan lajur magnetik.

Selari dengannya, kini Samsung Malaysia turut menghantar notifikasi kepada pengguna Samsung Pay tempatan, memperlihatkan sejumlah peranti yang menyokong pembayaran menggunakan hanya NFC sahaja untuk pasaran tempatan.

Antaranya termasuklah Samsung Galaxy Note10 Lite, Galaxy Note 10, Galaxy S20 FE, Galaxy S10 Lite, Galaxy A71, Galaxy A51, Galaxy A50s, Galaxy A42 5G, Galaxy A31, Galaxy A30s, Galaxy A80, Galaxy A9 (2018), Galaxy A8 Star, Galaxy A7 (2018), Gear Sport, Galaxy Watch, Galaxy Watch Active, Galaxy Watch Active2, dan juga Galaxy Watch3.

Bagi anda yang menggunakan antara peranti ini, mungkin boleh mencuba Samsung Pay berasaskan NFC ketika melakukan pembayaran.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.