Samsung Melancarkan Empat Sensor ISOCELL Baharu Yang Lebih Kecil Dan Nipis

Samsung hari ini melancarkan empat lagi sensor baharu ISOCELL yang bukan sahaja lebih kecil tetapi juga lebih nipis untuk kegunaan telefon pintar generasi baharu.  Kesemua sensor ini mempunyai saiz pixel 0.7 mikrometer (μm)-pixel. Sensor yang dilancarkan ialah 108MP ISOCELL HM2, 64MP ISOCELL GW3, 48MP ISOCELL GM5 dan 32MP ISOCELL JD1.

Dengan saiz pixel yang lebih kecil, saiz fizikal sensor dapat dikurangkan sehingga 15% manakala ketebalan pula berkurangan sehingga 10%. Dengan saiz komponen yang lebih kecil, pengeluar boleh menghasilkan peranti yang lebih nipis dan kompak.

Perbezaan setiap sensor boleh dilihat pada jadual di atas. Sensor yang paling berprestasi tinggi ISOCELL HM2 mempunyai kemampuan menggabungkan sembilan pixel menjadi satu bagi menghasilkan gambar dalam situasi pencahayaan rendah yang lebih baik.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*