Trailer terkini Star Wars : The Last Jedi dilancarkan semalam. Filem ke dua di dalam trilogi ketiga Star Wars ini akan meneruskan siri filem yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1977. Sempena menyambut penayangan The Last Jedi pada Disember ini, Samsung melancarkan dua robot pembersih hampagas edisi Star Waras.

Samsung POWERbot VR7000 ditawarkan dalam dua versi iaitu Stormtrooper dan Darth Vader. Setiap robot hadir dengan rekaan berbeza serta kesan khas apabila melakukan pembersihan. Edisi Darth Vader misalnya akan mengeluarkan bunyi ikonik Darth Vader bernafas apabila ia dihidupkan. Kedua-dua model akan mula dijual 5 November ini pada harga bermula $699 (~RM 2950) sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.