TechSemut Malaysia

Samsung Melancarkan Siri Televisyen QLED Di Malaysia Pada Harga Bermula RM12,999

Samsung Melancarkan Siri Televisyen QLED Di Malaysia Pada Harga Bermula RM12,999

Samsung Melancarkan Siri Televisyen QLED Di Malaysia Pada Harga Bermula RM12,999
Mei 16
14:43 2017

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan penawaran televisyen premium QLED untuk pasaran Malaysia – sekaligus menawarkan inovasi seterusnya dalam arena televisyen untuk pengguna di Malaysia.

Samsung QLED

QLED TV ini menggunakan panel paparan berasaskan kepada teknologi Quantum Dot, dimana melaluinya ia menawarkan kualiti gambar yang sangat cantik, penggunaan warna yang terang dan tepat, serta sekaligus menjadikan pengalaman menonton televisyen yang sangat baik jikalau dibandingkan dengan televisyen lain di pasaran. QLED juga berupaya menawarkan kadar keterangan gambar mencapai 2000 nits – dimana antara yang paling terang di pasaran pada hari ini.

Samsung Malaysia menawarkan enam variasi televisyen QLED yang mana terdiri daripada gabungan televisyen skrin melengkung dan juga skrin pipih.

  • QLED TV 55-inci Skrin Pipih – RM12,999
  • QLED TV 65-inci Skrin Pipih – RM19,999
  • QLED TV 65-inci Skrin Melengkung – RM22,999
  • QLED TV 75-inci Skrin Pipih – RM35,999
  • QLED TV 75-inci Skrin Melengkung – RM36,999
  • QLED TV 88-inci Skrin Pipih – RM99,999

Semua pembelian televisyen pintar ini turut hadir dengan langganan iFlix secara percuma selama 12 bulan – selari dengan pengenalan aplikasi iFlix untuk Samsung Smart TV.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com